Sunday 11 November 2012

Deepavali @ Job Street, Kuala Lumpur ~ Sweet Candy n Chocolate Fountain

Happy Deepavali kepada kaum India di luar sana.. semoga PESTA CAHAYA kali ini lebih berseri-seri hendaknya..

hi semua..
kami baru balik bercuti di Kuantan semalam.. menginap di SWISS GARDEN KUANTAN.. hihii.. bukan apa.. last minit punya plan.. setelah hampir beberapa bulan dah tak bwk anak-anak enjoy2 sambil makan-makan..

seronok mereka mandi swiming pool.. main games.. main pasir.. alhamdulillah diberi kesempatan tersebut utk menggembirakan mereka semua..

oh..
Khamis yang lepas kami diberi peluang untuk bersama-sama dengan semua staff Job Street untuk merayakan DEEPAVALI.. opkos la kami diberi peluang utk menjamu mereka semua dengan hidangan manis kami kan.. hihi.. MANISSSS... cokelat air terjun dan candy-candy..

 
pakej ni kami bukak untuk Deepavali... jom tempah sekarang!! jgn lupa call kami.... :D
 

 
 

Saturday 3 November 2012

BUKAN SENANG NAK SENANG....



Assalamualaikum...

Cik Mira harap weekend nie korang semua dapat isikan masa dengan terbaik.if yang dah berfamly, carilah ruang untuk bersama keluarga..yang single-single tuh n jauh dari famly macam Cik Mira nie penuhilah masa dengan perkara-perkara yang bermafaat..kadang-kadang...bila kita banyak berjalan...banyak pengalaman yang kita dapat...and Cik Mira yakin...korang semua lebih banyak pengalaman dari Cik Mira yang setahun jagung nih...(jagungkah aqu??hhehe) 

Di sini, Cik Mira nak share sikit dengan korang semua apa yang terjadi sewaktu Cik Mira ke Alamanda, Putrajaya selepas Cik Mira balik dari ofis sebab ada beberapa kerja yang perlu Cik Mira siapkan...hehhe( nak tunjuk rajin ok!) :-)

Keluar ja dari pintu gerbang Ofis, kereta bertayar 4 terus dipecut ke Alamanda..dah set dah dalam kepala apa yg nk dibeli...Cik Mira nie kadang-kadang pelik sikit...ada hari lebih suka bershoping and jenjalan sorang2..(ada sebab taw) hehehhe...


my dream car
(sajer nak nyelit)

Sampai jer di Alamanda, penuhnya manusia!!hahahah....tapi macam2 ragam yang ada...ada satu perkara nie yang buat Cik Mira agak tersentap. pusing punya pusing jumpe sorang budak lelaki berumur dalam 7 tahun duduk sorang2 dkat kerusi dalam mall tu...mula2 Cik Mira ingat dia sesat..tapi bila Cik Mira tanya kenapa dia duduk sorang2 sambil tunduk menangis..datang dengan sape...and mana famly dia...budak tu cakap dia dtg dengan mama, ayah and adik..dia ditinggalkan sebab dia nak kasut bola yang agak mahal di dalam sebuah butik kasut dalam mall tu...tapi ayahnya xnak beli..pastu ayahnya suruh dia tunggu and menangis disitu...(ish pelik betul bapak budak ni) pas tu, cik mira tanya kenapa ayah suruh adik duduk sini dgn menangis??budak tu jawab...entahlaa...ayah suruh duduk pas tu nangis betul2 selama 1 jam tengok ada tak org ramai kat Alamanda tu yang akan belikan kasut mahal kat dia..(yeah dah dapat apa maksud tersirat bapak budak tu)

1. Sememangnya xkan ada manusia di Alamanda tu yang akan belikan kasut sebab bapak budak tu sendiri xnak beli.
2. Budak tu akan sedar, xkira bagaimana dia merintih merayu meminta tolong tanpa apa2 usaha xkan ada sorang pon yang akan tolong.
3. Ada kemahuan anak2 yang kita boleh ikut, and ada yang tak...



pas tu cik Mira duduk sebelah budak tu... sama2 tnggu kot2 ada cowok2 yang nak belikan kasut untuk cik mira jugak!!hahaha. ramai pulak yang lalu lalang kat situ tengok dengan pelik sebab budak tu tak berhenti nangis..ada yang tnya budak tu knapa dia nangis??and dia jwb benda yang sama dia jawab dengan cik mira.. pas tu setiap org yang bertanya berlalu pergi...

tunggu punya tunggu tiba2 ada sorang lelaki, wanita dan budak perempuan comel dalam usia 4 tahun datang ke arah budak tu...lelaki tu tanya budak tu...dah dapat kasut???kalau xdapat jom balik (dalam hati: ooooOOO ini rupanya bapak budak tu)

pas tu cik mira bangun dengan gagahnya dan terus bertanya...encik nie ayah kepada hakim ker(lupa nk gitaw masa sesi temubual tadi budak tu cakap nama dia Mohd Hakim Rafael) lebih kurang macam tu lah kot ejaanya..haha. Pas tu Encik tu pon jawab yer saya sambil tersenyum...dengan ramahnya terus dia cakap lagi..saya tinggalkan Hakim ni sambil membuat pantauan dari tingkat atas...saya tak lah kejam sangat nak tnggalkan anak saya sorang2...saya cuma nk bagi pengajaran dekat dia sebab hakin nih tahu saya mampu membelinya apa saja..tapi saya xnak dia rasa terlalu senang dengan hidupnya sekarang...(wah terus rasa respect dekat bapa si hakim nih) pas tu bual punya bual sambil dicelah oleh ibu si hakim nih...memang suami isteri nie sangat peramah... di akhir perbualan baru saya dapat tahu yang parents Hakim nie bertugas sebagai Doktor di Hospital Putrajaya...emmmhh...ok....
sudut pandangan dari tingkat atas Alamanda(di bawah nie lah budak kecik Hakim ditinggalkan)




Kesimpulannya di sini, ada banyak cara yang kita boleh buat selain daripada menurut saja kehendak anak2 kita...banyak cara lagi yang boleh mengembirakan anak2 kita selain memeberikan barang2 mahal..dan terpulang kepada anda semua macam mana nak mencorakkan kehidupan anak-anak anda... :-)



Kehidupan adalah pengembaraan..
setiap langkah demi langkah dipenuhi cabaran dan rintangan...
(kata-kata dari seorang motivation)
:-)











JOM BERGEMBIRA BERSAMA ROCKABYE SAYANG!!!!






Assalamualaikum dan Salam Gembira Untuk kOrang semua!!!




Rockabye Sayang ada menawarkan pakej2 istimewa untuk anda semua!! Di sini, Cik mira nak sharekan pakej2 dari Rockabye Sayang untuk anda semua.... :-)

Tadaa!!!!!

:-)




PRINCESS BIRTHDAY THEME





DEEPAVALI




KIDS PARTY




MAJLIS BERENDOI

Wednesday 31 October 2012

TUTU SKIRT :-)


Assalamualaikum semua!!! :-)

Hyeeee!!!!harap korang semua sehat dan happy selalu k!wah....semalam Cik Mira dapat call dari someone...namanya adalah!!RAHSIA!!!!hehehe...Cik Mira kena rahsiakan atas sebab2 tertentu...hahhaha...apa2 pon feedback positif yg Cik Mira dapat...Alhamdulillah...ok!cuma Puan tersebut menyatakan hasratnya supaya Cik Mira dapat tunjukkan cara membuat TUTU SKIRT seperti yang Cik Mira janjikan dalam entri yang lepas sebabnya Puan tersebut nak buat and design sendiri tutu skirt untuk anaknya yg bakal menyambut hari lahir yg ke-5!!..ingat lagi tak skirt kembang2 pinky tu!wahahaha..dalam bahasa Cik Mira...Cik Mira panggil skirt gedik-gedik sbb bila pakai jer skirt tu rasa mcm nk tergedik-gedik!!!hahah..(over kau mira!!) 

ok!!Tutu Skirt nie boleh dibuat sendiri taw!!!jimat kos!!!















Barang-Barang yang diperlukan adalah :

1. Kain Net (8 meter) corak kain mengikut kesukaan anda sendiri.
2. Gunting kain (Bukan gunting ikan ok!)heheheh
3. Getah pinggang. (Biar panjang sikit pon xpe)

ok klaw cik mira celoteh nk ceritakan cara membuat tutu skirt ni mesti korang semua pening kan?kan?kan? So, Cik Mira nak share ngan korang video You Tube yg selalu mngajar Cik Mira buat benda2 comel nih!!


ok!!meh negok video!!!!

 haa senang jer kan??? :-)

Dan lagi satu cara yang korang semua boleh ikut!!!


     


Sebenarnya, tutu skirt nie boleh dibuat mengikut kreativiti korang sendiri ok!!!nk tambah Reben ker...nak tambah Bunga2 ker...nk tambah ranting kayu ker!!ops jangan!!!hahahah


 SELAMAT MENCUBA!!!!




~Mira~
 019 4277639

Tuesday 30 October 2012

ROCKABYE SAYANG di kampung @MUAR, JOHOR

Assalamualaikum..
salam GEMBIRA untuk anda semua~~
lama kan kami tak update blog? hmm.. almaklum.. daging korban belum diproses dengan betul.. ahakss.. :P
 
ok..
macamana dengan cerita raya haji anda semua? dikesempatan raya yang lepas saya ada bawak machine Chocolate Fountain saya balik kampung.. saja nak seronok-seronok dengan pakcik-makcik-sepupu sepapat dan anak-anak saudara.. sungguh meriah.. tapi saya sedikit ralat sebab chocolate yang saya bawak bekal ke kampung tidak cukup utk menampung kemeriahan itu.. hahahaha.. alhamdulillah.. now semua org dah rasa walau tak dpt makan dengan mewah dapat la rasa dan tau apa itu chocolate Fountain dan buah-buahan serta biskut-biskutnya.. takdela nanti org cakap anak saudara/sepupu/makcik saya buat chocolate fountain tapi mereka ponnnnnnnn tak dapat rasa dan mengalami sendiri keseronokan mencelup cokelat dalam machine tu.. kannnnn... lain kali kita bawak lagi ok wahai seluruh ahlil keluargaku.. hahahaha... MERIAH OK!! :)
 
Saya tidak mengharapkan apa-apa pulangan dari ini.. dan saya cukup gembira dapat menjamu semua ahli keluarga saya dengan hidangan yang tidak seberapa ni.. Alhamdulillah.. walaupun cokelat tak cukup.. ahahahhahaha.. serius ralat!! :(
 
so.. pada sesiapa yang nak rasa macam saya rasa tu.. boleh hubungi saya ok untuk bagi kemanisan dan keceriaan dalam hubungan kekeluargaan anda selama-lamanya.. Chocolate Fountain ni bukan hanya boleh dimakan kalau ada party saja tau.. kan best kalau kumpul ramai-ramai dan kita enjoy dan comotkan diri dengan cokelat ini SHEKALI SHEKALA... Kaaaaannnnn??
 
Sape SHUKE?? Say "I"....
ok.. enjoy de GAMBAR n dont forget contact saya atau team ROCKABYE SAYANG @ 012-2221780
 
 
NAMPAK TAK MERIAH.. Hihihi
 
hmmm... tu adik sepupu saya nak cucuk buah anggur... saat ni yang paling best bila semua HAPPY!!
 
Pakcik saya dari JOHOR BHARU berminat jika saya FRANCHAISE kan business ini kepada nya untuk seluruh JOHOR!! amacam?? peluang tak? :)




Sunday 21 October 2012

IDEA HEBAT DAN JIMAT UNTUK MAJLIS HARIJADI @ HARI KELAHIRAN

Assalamualaikum..
Tajuk kat atas tu cam formal kan? miahahha.. senang cerita harini saya nak bagi idea kat semua ibu-ibu mahupun bapak-bapak diluar sana berkaitan idea yang dicetuskan sendiri oleh ibu bapa MUNGKIN akan menjadikan Majlis anak-anak anda lebih bermakna dan di ingati.. :)
 
pernah tak kita teringin nak mengadakan majlis harijadi anak-anak yang meriah..? soal kos? hmmm.. tulah... saya memang paham.. bagi yang kehidupannya sederhana seperti saya mungkin akan mengatakan buat majlis hari jadi ni membazir jela.. buang duit jela atau apa sahaja.. tak kesah la apa yang nk diungkapkan pon oleh parents.. tapi apa salahnya kita memberikan sedikit masa untuk anak-anak kitta ni merasa gembira dan mungkin majlis setiap tahun yang diadakan akan dikenang sehingga mereka tua nanti dan akan ingat kasih sayang yang ditunjukkan oleh kita sebagai ibu bapa mungkin hingga kita dah takda di dunia ini.. MATLAMAT ROCKABYE SAYANG bukan hanya membantu semua parent yang sibuk atau produktif untuk mengadakan majlis harijadi saja, malah ROCKABYE SAYANG ingin memastikan majlis yang dirancang itu sentiasa diingati oleh anak-anak yang diraikan, kerana kasih sayang ibu bapa mungkin boleh ditunjukan dengan pelbagai cara..
 
JADI..APA KATA KITA LUAHKAN DENGAN CARA KITA SENDIRI..jangan letak wang ringgit sebagai alasan kita utk tidak meraikan hari kelahiran mereka.. masih ingatkah parent-parent semua (bahasa inggeris pasar) kegembiraan semasa kita menyambut kelahiran puteri atau putera kita ini? LUAHKAN..LUAHKAN SEMUANYA PADA HARI ini..
 
JOM kita luahkan kasih sayang sekarang...!!!dengan kami team ROCKABYE SAYANG-PERANCANG MAJLIS KANAK-KANAK (Happy dan Bersyukur) :)
 
Ok.. petang ni saya nak share dengan semua apa yang perlu kita sediakan sebelum kita merancang majlis anak-anak kita yang comel tu.. :D
 
sebelum nak buat apa-apa kita kenalah merancangkan.. jadi..
 
1. Tarikh dan masa
Masa yang sesuai perlu di ambil kira untuk memastikan MAJLIS tu nanti ada org nak datang.. samada majlis yang nk dilakukan itu malam atau siang.. dan perlu dipilih berdasarkan tema majlis tu jugak. Contoh kalau nk buat Theme HALLOWEEN birthday party takan nak buat sensiangkan.. hantu mana ada keluar siang kan.. hahahha..Jadi kenelah pilih masa dan keadaan yang betul.. ok.
 
2. Lokasi
next adalah tempat/lokasi : lokasi pon mesti diambil kira sama dengan theme yang nk dibuat.. indoor atau outdoor.. nak buat kat rumah pon ok.. tade masalah.. yang penting majli tu bermakna
 
3. jemputan
Berapa ramai jemputan yang nak dijemput.. kanak-kanak berapa ramai.. purata umur kanak-kanak plak kena tau bukan apa.. untuk kita prepare aktiviti dan juga barang makanan dan mainan yang boleh diberi kepada mereka untuk memeriahkan majlis..:)
 
4. Kad Jemputan
Bab kad jemputan ni best sikit... ingat nak kawen je ada kad jemputan? hahahhaa.. nak birthday pon nak guna kad jemputan gak tau.. baru la ada kemeriahan disitu.. bukan lah nk kena mahal2 macam kad kawen tu.. kalau nak buat sendiri pon boleh.. dalam entry kali ni saya lebih suka cerita tentang PRINCESS PARTY untuk puteri-puteri.. nanti dikala entry yang lain nanti saya share cerita lain plak ok.. ok.. selalunya untuk Kad jemputan atau dalam bahsa jawanya Invitation Card untuk princess party kita boleh gunakan ayat2 perintah dari istana untuk menjemput para tetamu nanti.. contohnya camni..
 
"Madame, your attendence is requested at the royal ball in honor of princess (nama puteri's) (Umur) Birthday"


Pastu boleh letak tarikh, masa, pakaian dan request sekali hadiah yang nak(hahahhaha.. yg tu jangan buat) :D
Banyak Template Kad Jemputan Birthday Party Princess yang boleh di google antaranya cam ni.. :)



Bulih save gamba ni dan print kat kedai printing ikut berapa saiz yang anda nak.. pastu balik umah gunting dan hantar kepada sesiapa yang mahu di jemput... menarik tak? cuba buat nanti tau..


Untuk Decoration, Favors dan activities saya akan ceritakan dalam next entry ok.. tunggu dan stay tuned... untuk penjimatan yang lebih

 
~now everyone can PARTY~~
(Boleh aje ambik TAG LINE tu? hihihihiii)
 
UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN BERKAITAN PARTY BOLEH HUBUNGI KAMI.
@
Mira~ 019 4277639


~rynn
Event Planner Expert
:D











 

Saturday 20 October 2012

Pabila Melihat Anak2 Kecil Ketawa Riang....

Assalamualaikum semua!! :-)

Cik Mira disini menemani anda...hihi...SedaR xsedaR dah hampir penghujung tahun kan?? Haish!!! rasanya cpt SunGguh masa berlalu.... Bila terkenang balik perancangan yg bermula di awal tahun 2012... Ada yg terjadi menGikUt PerAncangan...dan Ada yg Tidak....Begitulah Lumrah Hidup...ManuSia Hanya maMpu meraNcang...Tapi ALLAH yG menentukan..... ituLah karma hidup...Apa2 pon teruskan hidup Dan buatlah org lain bahaGia..Insyaallah Kita jga akan Turut bahagia( Cik Mira ooiii...udah2 ler tu) :-)

Ok!!Cik Mira nk tnya...pernah tak korang semua terlibat dgn hari kanak-Kanak masa kecik2 dlu??heheh.. Tipulah klau koraNg semua xpenah terlibat kan... :-) Cik Mira dulu mmng aktif klaw bab2 perseMbahan ni taw... kecik2 dlu mmng cik Mira ni jenis yg suka xposekan dri...dah bsar ni dah smakin kontrol (kontrol la sangat)adoii!!!! Klaau dlu memang Cik Mira suka bUat persembahan Nyanyian...pas tu..akan pkai gaun kembang Buatan MAMA cik Mira sndri...time tu rasa sdikit bangga lah and perasan yg kita sorang ja cantek..hahaha..pdahal bila tngok blik gambar dah mcm badut pon ada...dngan cikgu yg tempek mekap tebal kat muka, dengan pp merahnya...lipstik terangnya...adoi..nk tngok gambar sendri pon xsanggup!! Tapi memori tu memang xkan dapat dimana-mana..rasa happy sngt waktu kecil dlu... :-)


Lebih kurang mcm nie lah gaun Cik Mira masa persembahan waktu hari kanak2 dlu... Comey kan?hahah

Tapi, zaman waktu kecil kita telah berlalu...now zaman adik-adik dan anak-anak kita plak..Mai sini Cik Mira nk share sikit... Baru-baru ini...Team Rockabye sayang diberi Tanggungjawab menceriakan kanak-kanak di sebuah tadika sempena majlis Hari kanak-Kanak Tadika Mutiara Iman, Kolej Vokasional, ERT Setapak pada 19.10.2012. Alhamdulilah, maJlis tersebut beRlangsung dengan jayanya ...yang paling penting kanak-kanak di tadika tersebut gembira skali dgn kehadiran Clown dari Team Rockabye Sayang!!Kegembiraan Jelas teRpancar ok!!hihi




yeay-yeay badut datang!!!






terlior kan??

Candy buffet and chocolate fountain yg menyelerakan!!ok abaikan patung bernyawa di hujung tuh.hahaha(jgn marah yer kak reen) itulah manager merangkap boss Rockabye Sayang!



cikgu2 yg turut sama terlibat..

hampir licin ok!!


Kesimpulannya di sini, kanak-kanak adalah anugerah yang terindah...xkira sbg ibu bapa...cikgu2 or siapa pon kita...telah menjdi tnggungjwab kita mnjaga dan membahagiakan mereka... Team Rockabye Sayang sentiasa Bersedia dan mempunyai iDea2 menarik untuk merialisasikan impian anda... Sharing is Caring kan???hihi 

semoGa hari Esok lebih baik dari hari ini...insyaallah...

Cik Mira
019 4277639

Monday 15 October 2012

im Cominggg mak incik!!!!!hahaahahah


Assalamualaikum.....xjawab dosa...kalaw jawab sayang!!!!Ahaks!

OK!!!Syalah Cik Mira yang KAK ReeN sebutkan dlm postnya smalam...Salam Perkenalan utk anda semua yg comel2 mcm saya!!(ok sedikit keperasanan disitu) Fokus Mira Fokus!!!hahaha...Straight 2 the pointlah...sebenarnya Mira telah diberi tanggungjwab utk menghandle BLOG ROCKABYE SAYANG!!!wow!!!xcited taw bila org dah bagi kepercayaan kat kita utk handle blognya....So, Mira akan update semua aktiviti Rockabye Sayang...Tungguuu!!!!!


Meh sni cik mira nk bercerita sikit...Puan Norazrin nie antara majikan @ bos yg sngt friendly...(kalw kak reen baca nih msti gaji aqu up lagi) tapi hakikatnya memang kak reen nih bos yg sngt ok dan baik serta seorang wanita yang Mempunyai semangat tinggi....mudah utk bekerja dgnnya..dan senang cerita...kalaw anda semua berurusan dgnnya Mira pasti anda semua akan berpuas hati....Insyaallah...


Yabedabiduuuu!!!!

Sunday 14 October 2012

DIY Birthday Party Ideas dari kami team Rockabye Sayang!!

 
jeng.. jeng.. jeng

Sabarlah wahai kekasih.. kami akan sentiasa update pelbagai idea dekorasi DIY (DO IT YOUR SELF) mengikut tema untuk anda semua yang saya sayangi..
 
tapi sebelum tu..  "LIKE" our FACEBOOK FAN PAGE : Rockabye Sayang

Taraaaaa.... Tungguuuuuu....
but berapa ramai yang nak DIY majlis HARI KELAHIRAN ANAK ANDA SENDIRI..???

BERAPA RAMAI??

Kebanyakkan idea kami semasa menguruskan Majlis Hari Kelahiran adalah idea DIY kami sendiri.. jadi.. SERAHKAN PADA KAMI..
contoh nya seperti majlis hari kelahiran puteri Fiona Tahir yang lepas dengan tema Halloween Party Theme.. kami tak menyambut Halloween.. cuma ikut warna dan designnya.. takde trick or treat.. huhu.. semua BAT yang kami tampal sebagai dekorasi tu merupakan idea DIY kami.. huhuhu.. nampak timbul dan menyerlah.. wahh.. ditambah dengan ranting2 kayu yg dah nak reput.. digantung dengan"momok" hahahhaa.. saya bertuah sebab anak2 puan Fiona Tahir semua membantu saya semasa saya sedang menyiapkan persiapan itu.. huhuuhuuu.. mereka letak "DARAH" tiruan pada "MOMOK" saya dan lukis gambar muka yg menyeramkan pada "MOMOK" itu.. itu memang saya plan pon utk dorg bermesra dengan saya.. hihihii.. sangat comel.. lebih2 putera bongsu beliau..

OHHH... saya telah rindu!! sebab tu saya suka bisness ni.. berjumpa dan bergaul dan bergurau dengan anak-anak kecil amat membahagiakan.. huhuhuu.. (tatkala itu rindu dengan anak-anak dirumah terubat bila saya sedang meyediakan persiapan) huhuuu...

jom tengok gamba.. banyak plak celotehnya.. hahahhaa

Puan Nadia Hana Gold..

Dekorasi di pintu masuk!!

Anak-anak yang comel.. bersama beraktiviti.. :D
 
Centerpiece
 
Semua tu DIY Tau!! Senang je kalau anda MINAT!! NANTI saya ajar.. hihihi

Candy Buffet and Chocolate Fountain @ Taman Botani, Putrajaya

enjoy the gambar.. cerita kendian.. hahahha






ok camtu? :P

Rynn
012-2221780

Selamat datang ke blog Rockabye Sayang!!!!

Salam perkenalan untuk semua..

 
Sebelum tu nak ucap TAHNIAH kat my fren (ceq Migra) yang bertungkus lumus menyiapkan BLOG yang comel ini.. :)) sambil di bantu pasangannya.. hahahhaa..

akhirnya tercipta juga impian untuk mempunyai bisness blog yang comel dan cute sama seperti titlenya Rockabye Sayang~Pakar dalam perancangan MAJLIS KANAK-KANAK.

Berpeluh jugak rupanya nak buat blog ni kan.. huhuuu.. zaman muda2 belia dulu adalah blog.. dah lama.. sekarang dah banyak bezanya...kene pantas mengejar teknologi gamaknya.. jangan jadi mama yang ketinggalan.. ooooooohhh no!!

Ok.. andai ada masa nanti saya akan tag kat sini link blog saya semasa saya mula belajar apa itu erti berblogging.. :)

btw..
nama saya rynn.. nama penuh diberi ibunda NORAZRIN.. dari Kajang..
saya mula datang minat berniaga semenjak awal perkahwinan dengan suami kerana beliau dalam aliran yang sama.. :) ohh.. so sweet..

ok.. dalam blog ni nanti kami akan share macam-macam cerita, aktiviti dan juga insyaallah idea untuk kita berparty.. (party cara yang betul-tiada unsur keHARAMAN  di sini) :)

So teruskan menyokong blog ini untuk dapatkan pelbagai info menarik dengan kami TEAM ROCKABYE SAYANG berceloteh.. GILIRAN KAMI PULA MENAMBAH NILAI MAJLIS ANDA dengan pelbagai idea untuk PARTY! Tungguuuu...

so ceq migra.. ur turn n TUGAS now.. huhuhu.. good LUCK!!

~rynn~
012-2221780